SELAMAT MENGHUNI KE LAMAN INSAN BIASA


Thursday, May 5, 2011

PENGENALAN TERJEMAHAN

Secara umumnya, terjemahan ialah satu proses mengalihkan maklumat daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengikut teori, ada dua perkara penting yang melahirkan terjemahan iaitu bahasa sumber (ST) dan bahasa sasaran (TT). Terjemah berasal daripada perkataan Arab ‘Tarjamah’ yang bermaksud mentafsirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2007), perkataan ‘tarjamah’ itu mempunyai dua pengertian iaitu pertama, menterjemah teks atau buku daripada satu bahasa kepada bahasa lain yang mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan penghuraian yang boleh ditemui dalam buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Arab daripada bahasa lain. Manakala yang maksud ‘tarjamah’ yang kedua ialah autobiografi.

Wednesday, August 18, 2010

kata ganti nama dan pronouns

kata ganti nama dan pronouns

Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang diterjemahkan oleh Nik Safiah Karim et.el(2010:45), kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang atau benda. Untuk pengunaan pronoun pula, buku English Grammar for Malaysia yang diterjemahkan oleh Bahiyah Abdul Hamid dan Basil S.Wijasuriya menyatakan bahawa pronoun adalah perkataan yang digunakan untuk mengantikan noun. Noun bermaksud kata nama. Seperti yang dinyatakan di dalam buku Doing Grammar yang dikarang oleh Max Morenberg, pronoun (kata ganti nama) adalah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada noun (kata nama) yang telah dinyatakan terlebih dahulu. Penggunaan kata ganti nama diri bagi menggantikan kata nama seringkali dilihat dalam struktur ayat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terutamanya di dalam perenggan-perenggan panjang. Penggantian ini dilakukan bagi menambahkan variasi di dalam sesuatu penulisan. Hasil penulisan akan bertambah menarik dan tidak kelihatan kaku apabila kata ganti nama diaplikasi dengan baik. draft 18

Wednesday, July 7, 2010

perjalanann..

haaaaaiiii...
cuti sem daa abih.. nsib bek trisi gak cuti2 nie.. xde r dop umah n beratkn tulang kt umah..hehe.. dlam cuti koy dpt join program under fac.. dpt gak pahale bbakti n memikul tanggungjawab yg diamanahkan.. bnyk pengalaman, kegembiraan, kesusahan, dan pengorbanan yg dpt koy lihat sepanjang perjalanan program nie..
bile daa start program segale macam perangai koy jumpe.. drpd adk2 n cgu2..tp memang best.. masam, manis, pahit, tawar, masin segale macam perisa khidupan koy jumpe..
koy pown dpt belajar pelbagai ilmu yg xdijangke..
hope ngan pengalaman ini dpt menghasilkan sesuatu erti yg dpt koy fahami..