SELAMAT MENGHUNI KE LAMAN INSAN BIASA


Thursday, May 5, 2011

PENGENALAN TERJEMAHAN

Secara umumnya, terjemahan ialah satu proses mengalihkan maklumat daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengikut teori, ada dua perkara penting yang melahirkan terjemahan iaitu bahasa sumber (ST) dan bahasa sasaran (TT). Terjemah berasal daripada perkataan Arab ‘Tarjamah’ yang bermaksud mentafsirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2007), perkataan ‘tarjamah’ itu mempunyai dua pengertian iaitu pertama, menterjemah teks atau buku daripada satu bahasa kepada bahasa lain yang mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan penghuraian yang boleh ditemui dalam buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Arab daripada bahasa lain. Manakala yang maksud ‘tarjamah’ yang kedua ialah autobiografi.